Pada post kali ini, kita akan meneiliti hubungan di antara Islam dan Perak.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”
-Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-
Berdasarkan sabda baginda Nabi Muhammad saw diatas, ternyata dengan jelas sekali bahawa Islam mengiktiraf Perak sebagai sesuatu yang bernilai dan ia sepatutnya disandarkan sebagai matawang dalam urusan kehidupan manusia.
Di dalam Islam, matawang yang dibuat dari emas disebut sebagai Dinar, manakala matawang yang dibuat dari perak pula disebut sebagai Dirham. Menurut informasi dari wikipedia, Dirham atau dirhem (درهم) adalah satu unit mata wang negara-negara Arab atau Berber, dan merupakan bekas unit berkaitan jisim dalam Empayar Uthmaniyyah dan negeri-negeri Parsi. Selain itu nama tersebut juga berasal dari mata wang Yunani dram atau didrachm (2 drachmae).
Dari segi sejarah, perkataan “dirham” berasal dari nama duit syiling Yunani, iaitu Drachma. Empayar Byzantine yang berbahasa Yunani menguasai Levant dan seterusnya berdagang dengan Saudi. Duit syiling telah diedarkan di sana dalam masa pra-Islam dan juga selepas itu. Ia adalah mata wang yang pada mulanya hanya digunakan sebagai satu perkataan Arab, kemudian di akhir abad ke-7 duit syiling menjadi mata wang Islam yang mengandungi nama berdaulat dan ayat agama.
Dirham telah melanda di kebanyakkan negara Mediterranean, termasuk Al-Andalus (Moorish Sepanyol) dan Empayar Byzantine (miliaresion), bahkan ia boleh digunakan sebagai mata wang di Eropah di antara abad ke-10 dan 12, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai sambungan Perdagangan, seperti Perdagangan York dan Dublin.
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut tentang perak ataupun dirham itu sendiri:
Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf (Surah Yusuf: ayat 20)
Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Allah swt mengiktiraf dirham dan sudah pasti ianya mempunyai nilai hakiki (Instrinsic value) dan Allah jua maha kaya dan mengikitrafnya sebagai matawang yang sah.
Diantara ayat-ayat lain yang menyebut tentang dirham ialah:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(Surah Al-Imran:Ayat14)
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,(Surah At-Taubah: Ayat34)
**Beli Pelbagai Jenis SIlver@Perak Secara Online Daftar Percuma Klik Silver@Perak!!
Sangat jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan perak merupakan ciptaan Allah yang mempunyai nilai yang hebat. Sehingga ia dinukilkan di dalam Al-Quran.