Friday, 24 May 2013

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Perak?!!

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Perak..??!!


Jika orang kata logam perak tiada harga, satuKESILAPAN BESAR kalau anda percaya.
Harga spot perak telah meningkat lebih 540% sejak 10 tahun lepas (April 2003 – April 2013) . Maknanya purata peningkatan sebanyak 50% setahun.
Anda nampak potensinya?
Namun, anda kena tahu macamana nak mula dengan betul.
Ini kerana meskipun pelaburan perak ada potensi besar, kalau salah mula dan salah beli, susah dan rugi anda nanti.

Kenapa pelaburan perak, pelaburan bijak untuk kelas menengah?

pelaburan-perak-bijak
Pelaburan perak adalah pelaburan dan simpanan mampu milik untuk kelas menengah yang berpontensi tinggi:
  • Mengekalkan kuasa membeli dan mengekalkan nilai aset
  • Mendatangkan keuntungan 600% dalam dekad ini.
Jadi bila patut mula menyimpan dan melabur perak?
Sekarang. Jangan tunggu harga naik baru yakin. Takkan nak tunggu bila krisis dah melanda baru nak beli? Mulakan pelaburan perak anda hari ini.

Cara mulakan pelaburan perak dengan betul

bermula-melabur-perak-dengan-betul
Jadi anda betul nak mula beli perak? Sebaiknya anda susun pendapatan & simpanan optimal seperti disyorkan Robert Kiyosaki:
Bila anda dah susun pendapatan dan & simpanan optimal, maknanya anda dah adamodal bertahan atau holding power untuk simpan logam perak untuk jangka panjang.
Sebelum beli, tengok bentuk, berat & ketulenan yang macamana kita patut beli:
Kenali Musuh #1 pelabur perak, tundukkan musuh ini untuk menang membeli!
Dah beli, bila nak jual untuk ambil untung?

3 Tips Mulakan Pelaburan Perak semasa murah

3 Tips Mulakan Pelaburan Perak semasa murah

  1. Pastikan anda rekod harga beli syiling dan jongkong yang anda beli supaya bila jual nanti, anda boleh bila boleh untung.
  2. Beli berpada-pada. Walaupun harga tengah murah sekarang, tengok jugak budget sendiri. Elakkan guna duit emergency atau duit lampin anak untuk beli perak.
  3. Tetapkan dalam fikiran bila beli, anda mungkin takkan balik modal lagi 2 tahun. Tengok orang yang beli 2 tahun lepas. Masih tengah menunggu.
www.kongsirahsiasilver.com.my

Cara Mudah Rekod Harga Beli Pelaburan Perak (Silver)